Monday, October 13, 2008

PASCA - PENGANTARABANGSAAN FILEM MALAYSIA

Mampukah filem kita diglobalkan? - UTUSAN MALAYSIA

SESEBUAH filem terutamanya filem Melayu yang diterbitkan bukan setakat untuk tontonan masyarakat setempat semata-mata, tetapi ia juga boleh diperluaskan dengan cara mengedar, menjual atau menayangkannya di luar negara.

Untuk mencapai hasrat tersebut, sesebuah filem itu haruslah mempunyai nilai-nilai global seperti kekuatan jalan cerita, lakon layar, tema, latar tempat, selain elemen-elemen identiti budaya tempatan agar ia mudah menarik penonton di peringkat antarabangsa.

Justeru, sesebuah filem tempatan seharusnya mempunyai faktor-faktor itu sebelum ia boleh diantarabangsakan dan diterima tonton oleh para peminat daripada segenap lapisan usia dan masyarakat walau di mana-mana juga.

Bagi mengupas formula itu, Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik (FACT), Universiti Teknologi Mara (UiTM) menganjurkan Dialog Puncak Perdana - Pengantarabangsaan Filem Malaysia di Kampus UiTM Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor petang kelmarin.

Dialog yang disertai oleh tiga ahli panel iaitu Pengarah Pembangunan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Khalid Maulod serta pengarah filem, Shuhaimi Baba dan Yasmin Ahmad itu banyak mengupas tentang cabaran yang terpaksa ditempuh sebelum hasrat itu dapat direalisasikan.

Insentif kewangan

Menurut Khalid Maulod, sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab menggalak dan membantu industri perfileman tempatan, Finas telah melakukan pelbagai cara termasuklah memberi insentif kewangan kepada penerima yang layak bagi membangunkan bidang tersebut.

"Kalau kita bercakap tentang di mana tahap kita berada sekarang ini dalam usaha untuk mengantarabangsakan filem-filem Malaysia, saya rasa ia sedang melalui proses itu.

"Kalau daripada perspektif Finas sebagai pentadbir, kami antaranya telah melaksanakan Dasar Filem Negara yang telah diluluskan pada Mac 2005. Banyak yang telah kita laksanakan daripada dasar itu, termasuklah soal mempromosi dan memasarkan filem-filem tempatan di luar negara.

"Contohnya, sejak 2006 Finas telah membantu memasarkan filem-filem tempatan di pasaran filem seperti di Hong Kong dan Perancis. Bulan depan pula kita akan ke pasaran filem di Santa Monica, Amerika Syarikat," katanya.

Peranan Finas itu memang tidak perlu dinafikan, tetapi menurut Shuhaimi Baba, sebelum usaha untuk memasar atau mengantarabangsakan sesebuah filem itu dilakukan, perkara penting yang harus ditekankan ialah soal skrip yang bermutu.

Kata pengarah filem 1957: Hati Malaya ini, skrip yang bermutu bukan sahaja tidak banyak dan sukar dihasilkan dalam industri perfileman tempatan, malah tidak banyak juga usaha ke arah itu yang dilaksanakan bagi mengatasinya.

Kekurangan skrip

"Setakat ini tidak banyak tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah kekurangan skrip yang bagus. Untuk menghasilkan skrip yang baik kita kena ambil masa dan ia juga susah untuk dihasilkan.

"Cuba anda renung sejenak bahawa kita sudah ada banyak stesen televisyen sejak lebih 20 tahun lalu. Tetapi rasanya, setakat ini belum ada drama kita misalnya, yang menang anugerah di peringkat antarabangsa. Apa sebabnya? Kerana kita tidak ada banyak skrip yang bermutu," ujarnya.

Ketika mencelah tentang usaha untuk mengantarabangsakan filem-filem tempatan, pengerusi dialog, Dr. Mahadi J. Murat menambah, usaha juga seharusnya ditumpukan bukan sahaja kepada pembangunan karya-karya yang bermutu, tetapi juga aspek skop pasaran yang lebih efektif.

Beliau memberi contoh, negara-negara Asean yang mempunyai lebih 200 juta penduduk terutamanya dalam kelompok yang menggunakan bahasa dan budaya yang sama iaitu Melayu haruslah diberi tumpuan dalam usaha ke arah pengantarabangsaan tersebut.

"Asean boleh dikatakan berada dalam kelompok alam Melayu yang agak besar di mana selama ini kita lebih banyak didominasi oleh filem-filem Hollywood dari Amerika Syarikat. Mengapa kita tidak banyak halakan pasaran filem-filem kita di kawasan dunia Melayu Asean ini," soal Dr. Mahadi.

Berhubung cadangan itu, Khalid Maulod yang menjelaskan perkara itu berkata, sejak sekian lama Finas lebih banyak menumpukan kepada soal strategi pemasaran dan pembangunan filem sesuai dengan peranan perbadanan tersebut.

"Tetapi pada masa sama kami turut mengadakan banyak usaha lain bagi membantu mencapai hasrat itu. Contohnya, Finas sudah banyak kali menganjurkan pertandingan menulis skrip, bengkel penulisan skrip dan Master Class.

"Misalnya, kita pernah menjemput tenaga pengajar filem, Jeffry Kilmore dari Sundance, Amerika Syarikat dalam program Master Class untuk mencapai tujuan tersebut.

"Malah, kita turut membantu kos membiayai pengajian para pelajar dalam bidang ini seperti mereka yang datangnya dari Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan). Mereka yang layak boleh memohon bantuan yang telah disediakan oleh Finas itu," katanya lagi.

Dalam usaha untuk memajukan lagi industri perfileman tanah air, Yasmin pula berpendapat, setiap penggiat filem perlu mempunyai inisiatif sendiri tanpa terlalu bergantung kepada pihak kerajaan termasuklah bantuan daripada Finas.

Jelas sutradara filem Mukhsin ini, para pembikin filem terutama golongan Melayu haruslah lebih berdaya saing dan berusaha gigih bagi meninggikan taraf dan mutu karya-karya mereka sama seperti bangsa-bangsa lain di negara ini.

Sedar diri

"Kita (orang Melayu) seharusnya tidak terlalu mengharapkan kepada bantuan Finas semata-mata, tetapi kita juga kena menganggap kita ini seperti orang bukan Melayu. Para pembikin filem kita haruslah sedar diri dan berdikari.

"Jangan harapkan pihak kerajaan kerana mereka juga ada banyak perkara lain yang hendak difikirkan, misalnya untuk menyediakan kemudahan hospital untuk kemudahan rakyat dan sebagainya. Sedangkan filem ini mungkin sesuatu yang kurang penting," komennya penuh makna.

Pada masa sama, Yasmin turut menegaskan pendiriannya bahawa pengisian yang paling penting dalam sesebuah filem sebelum ia dapat diantarabangsakan ialah penerapan soal nilai-nilai kemanusiaan yang diselitkan di dalamnya.

Ujarnya, beliau bukan menentang idea yang menekankan tentang pengetengahan soal budaya dan bahasa dalam karya-karyanya, tetapi ia hanya merupakan perkara-perkara sampingan yang membantu dalam kekuatan sesebuah filem yang akan dihasilkan.

"Saya perhatikan filem-filem dari luar negara yang berjaya contohnya, dari Korea kuat dengan penerapan unsur-unsur kemanusiaan dan mendapat sambutan ramai. Ini lebih penting daripada kita sibuk mahu memartabatkan budaya Melayu. Di mana Melayunya kita ini?

"Sedangkan songkok yang kita pakai sekarang ini pun diambil daripada budaya luar, contohnya dari India. Bagi saya, apabila kita bercakap tentang nilai-nilai kemanusiaan dalam filem ia lebih bersifat antarabangsa," tegasnya.

Bagaimanapun, pendapat Yasmin disanggah oleh Khalid Maulod yang menyifatkan, dalam sesebuah filem Melayu itu, elemen-elemen seperti bahasa dan budaya sepatutnya dipelihara serta diketengahkan dengan sebaik mungkin.

Elemen budaya dan sejarah juga merupakan antara intipati yang mampu mengangkat sesebuah filem tempatan di peringkat antarabangsa seperti mana yang ditekankan oleh Presiden Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia, Ahmad Puad Onah pada dialog itu.

Menurut beliau, Finas misalnya haruslah menyediakan dana khas bagi menerbitkan sekurang-kurangnya lima buah filem setahun yang bertemakan sejarah dan budaya bagi mengisi ruang kekosongan dalam genre tersebut.

"Korea misalnya, setiap tahun menerbitkan lima buah filem yang bergenrekan sedemikian di mana ia mendapat bantuan daripada pihak kerajaan di sana. Saya difahamkan di Vietnam, Laos dan Thailand juga melakukan perkara yang sama.

"Kalau setahun kita berjaya terbitkan filem seperti itu, maka dalam lima tahun sahaja kita akan ada 25 buah filem. Sampai bila kita hendak bergantung kepada filem seperti Paloh, Bukit Kepong atau 1957: Hati Malaya pada setiap tahun," katanya.

Pendekatan itu turut disokong oleh Dekan FACT, Prof. Dr. Hatta Azad Khan yang menyarankan agar kerajaan menerusi Finas menyediakan dana khas bagi membantu mengantarabangsakan filem-filem tempatan.

"Contohnya, kita sediakan dana dalam RM10 juta setahun bagi membantu lima orang pengarah atau penerbit yang berkelayakan bagi membiayai penerbitan filem-filem mereka.

"Ini kerana, kita ada ramai pembikin filem yang bagus tetapi menghadapi masalah kewangan dalam menerbitkan filem yang ada unsur-unsur budaya dan sejarah. Kita tidak boleh halang orang lain yang mahu bikin filem-filem komersial ringan.

"Ini kerana, industri atau pasaran untuk filem-filem seperti itu memang tetap ada. Dalam hal ini, saya cadangkan Finas wujudkan suatu geran untuk membantu golongan penerbit filem yang memerlukannya terutamanya penerbitan filem-filem berunsur budaya," ujarnya.

Jelas Dr. Hatta dalam senario itu, beliau sendiri pernah menghadapi masalah apabila hampir tujuh syarikat produksi menolak permohonannya untuk menerbit serta mengarahkan filem Wayang baru-baru ini.

Sesi dialog yang berakhir awal senja itu disertai oleh 100 peserta termasuk pensyarah FACT, para pelajarnya serta kalangan penggiat dalam industri perfileman tempatan.

_____________________________________________________________



sumber : Anwardi Jamil

Yesterday (Wednesday 8th October), I decided to go to a dialog organised by the Faculty for Artistic Creative Technology (FACT) in Uitm Puncak Perdana.
I won't go into details about how it took me over an hour to locate the new campus in Puncak Alam because I actually thought it was held at my old campus in Shah Alam, but suffice to say I was impressed by the new (4 years old) campus.

L-R: Dr Mahadi, Shuhaimi, Yasmin and Khalid at the dailogue session
FACT is headed by filmmaker-writer Dr Hatta Azad Khan (who recently directed Wayang - funded partly by the university and partly by FINAS and other parties).
The dialog was titled Pengantarabangsaan Filem Malaysia, which was quite a mouthful. For those who has trouble managing Bahasa Malaysia or Bahasa Melayu, it means (roughly) Internationalising Malaysian Films.
Chaired by FACT lecturer and former filmmaker, Dr Mahadi J. Murat, the dialog invited Shuhaimi Baba, Yasmin Ahmad and Khalid Maulud to give their takes on the subject.
Shuhaimi and Yasmin, as most of you would already know are easily the two top female filmmakers in town. Khalid, however, was representing the (usually absent) FINAS DG En Mahyuddin. Khalid's post in FINAS is as the Director of Development.
I am not going to give you a blow by blow detail of the dialog, which was entertaining though ultimately un-noteworthy, but here's a gist of the session.

Some of the industry players attending - including Encik Fuad (3rd from left) from GBSB and Dr Hatta (white shirt on the right)
What was rather sad to note was that FINAS has not yet come to grasp what it needs to take to our films abroad (or not - depending on who you are as a filmmaker). Yasmin simply states that all you need to do is to make 'filem yang best'. When the 'filem tu best' it travels.
FINAS, on the other hand, said that it has made efforts to help develop filmmakers to be able to make international standard works - these include giving small grants to first time filmmakers and of course establishing the infamous revolving fund (loans) for established filmmakers.
Khalid also said that FINAS rents booths at various world class film markets regularly to help local producers market their products to global buyers. Next month, for example, they will be in Los Angeles for the America Film Market. Other markets they participate include MIPCOM (in Cannes) and Hongkong Film and TV Market.
However, that's the only thing they do - rent booths. Producers have to fork out their own funds to attend these markets and sell their products. There isn't even a marketing plan to market Malaysian films (most foreign producers and distributors have already set up meetings and promoted their products earlier on - including sending brochures and pre-publicity materials). I assume producers who participate or tag along FINAS's programmes at these markets go there blindly.
But does 'pengantarabangsaan' only means marketing products overseas in hope that buyers buy our products? For example, I believe Yasmin's movies, Shuhaimi's movies, Yu Hang's movies, Amir Muhammad's movies, were all bought up or considered for distribution when they win festivals overseas and not through FINAS's efforts. I also believe that they do not participate in these FINAS global marketing spree.
Does this mean that our current crop of filmmakers, who are making waves overseas, see FINAS as redundant or even unimportant when it comes to pushing their products overseas? They (the indie filmmakers) should have been invited to speak their minds - but then again I always have this feeling that FINAS is a Malay-centric organisation (if you know what I mean) which is why they don't overly support non-main stream producers and filmmakers.
Grand Brilliance head honcho Encik Ahmad Fuad Onah (who is also the new GAFIM President) also gave his input and said that private sector producers like him should not be blamed for not risking producing films that may be well received overseas (especially festivals). Producers like him try to make commercial movies that make money like the latest Senario (which has made nearly RM4 million since its release last week). He has bosses to report to and the only way to make these bosses happy is to make films that sell - and as much as he may want to make quality movies for the world market - he cannot risk that.
He said the government or the authorities responsible should give grants to producers or directors to produce such movies without having to worry about 'pulangan' or returns.
I also had to ask something. So I asked En. Khaled a simple question: "Does FINAS consider any current filmmaker capable of producing world class films?".
He paused and nodded said yes. I asked him to name them. He pointed to Yasmin.
Only one? Never mind. So I asked him, if FINAS, in all its years and experience in knowing what the world needs, has identified Yasmin as someone capable of making world class movies, why not give her grants to make more movies?
In fact, Dr Hatta, also added that such a move would be wise. He suggested selecting 5 directors every year and funding each one RM3 million to make movies 'close to their hears'. He added that this should be a five year project. Such a move will bring Malaysian movies to the forefront of international film scene.
Oh yes, I also asked why FINAS was willing to spend RM30million on a Dolby sound studio when it would take 1000 movies to pay back its investment. He said, this is FINAS's way of helping the local industry by creating world class infrastucture for the industry. FINAS does not see the investment as a profit making venture as it is part of their social duty to do so.
So I told him to use the same argument when financing quality movies. Give funding to selected directors and not worry too much about the box office returns.
He also said that they have already given grants to films and mentioned Shuhaimi's movie 1957 as a movie that had received a special grant. Hmmmmm....I think this is the first time a FINAS official has made known to the public that Shuhaimi's movie was given a special grant. Interesting.
Anyway, I have had enough of listening to conflicting answers and didn't want to spoil the spirit of Raya over a stupid dialogue session, so I allowed to let sleeping dogs lie. Who knows, my postings here could come back to haunt me.

____________________________________________________________________


sumber - Melodi Aku


Dialog Puncak Perdana Chapter 1 yang menjemput Yasmin Ahmad, Suhaimi Baba, Wakil dari FINAS. Di kepalai oleh Dr. Mahadi J Murad. Turut di tonton oleh Dekan Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, Dr. Hatta, En. Norman, En. Syahrul, En. Ken Khong, Puan Lela, Puan Mas, dan beberapa orang lagi lecture dari UiTM Puncak Perdana. Tidak dilupakan, dialog turut di hadiri oleh pelakon dan juga pengarah, penerbit dari Grand Brilliant dan pemikir - pemikir dunia perfileman negara.

Yasmin kata - Kalau nak mencapai filem Malaysia sampai ke tahap Antarabangsa. Kite kena
buat filem BEST!. Audien mahukan cerita BEST!.
- Orang barat, orang luar buat cerita pasal kemanusiaan. ( SETUJU! )
- Orang buat filem memang pentingkan kutipan. Sebab itu pembikin filem sangat
berhati - hati
- Pembikin filem sekarang kena bangun, jangan nak tunggu bantuan kewangan
dari luar.

Suhaimi Baba kata - Pasaran Malaysia terhad. Negara luar buat filem untuk negara mereka.
dan menjadi satu kelebihan kepada mereka jika filem mereka dipasarkan
luar dari negara.
- Masa yang diberikan untuk penulis terhad. Nak tulis filem baik kena makan
masa.

Wakil FINAS - FINAS ada bagi skim. tapi bergantung pada budi bicara.


Bukan nak tunding jari pada pihak tersebut. Secara rasionalnya, tahap kepentingan hiburan / filem negara Malaysia adalah di bawah. Malaysia lebih mementingkan rakyat. Banyak lagi orang - orang miskin yang perlukan bantuan. Tapi, pihak "tertentu" tu juga perlu fikir.. dunia hiburan bole buat duit. Betul kata mereka.



1 comment:

Awang Kata said...

Yasmin kena perluaskan dimensi mindanya dalam pengajian Melayu dan mengenali bahasa secara lebih dekat khususnya bahasa Melayu.Dan bukannya mengenali bahasa secara melulu dan dangkal.Biar tertikam dek keris jangan tertikam dek bahasa.